Posto

Pagi tadi aku pergi ke pejabat pos nak beli sampul surat pos laju. Dah lama tak guna perkhidmatan POS ini. Waktu zaman budak-budak tahun 80an dulu aku kerap pergi ke pejabat pos. Nak beli setem, nak pos surat, teman emak pergi simpan wang BSN, beli wang pos dan macam-macam lagi di pejabat pos. Boleh dikatakan pejabat pos merupakan salah satu tempat yang MESTI dikunjungi dalam aktiviti setempat.

Tapi itu dulu. Walaupun pelbagai servis ditambah dari masa ke semasa tapi aku sudah jarang ke sana. Dalam setahun pun mungkin 3 ke 4 kali sahaja. Kalau tahun-tahun sebelum ini aku akan memperuntukan cuti satu hari ke pejabat pos untuk memperbaharui CUKAI JALAN dan LESEN MEMANDU. Sekarang dah ada perkhidmatan on-line, dari rumah pun dah boleh buat sendiri.

Surat pun dah lama tak tulis menggunakan perantaraan poskad atau surat bersampul. Zaman dah berubah, internet dan SMS makin berleluasa. Tak perlu tunggu 1 ke 3 hari untuk kiriman sampai ke tempat di tuju. Klik saja dah sampai! Janji ada talian internet.

Berikut adalah salah satu cerita yang pernah aku lukis tentang POS suatu ketika dahulu.

Klik Gambar Untuk Zoom!

01/06/2001

Alamat
…………………….

A1: Pakcik Posmen, tunggu!

A2: Pakcik, tolong hantar surat ni ke rumah atuk saya..
B2: Boleh, nanti pakcik hantar kan.

B3: Alamak!!! Apa ni?

A4: Kenapa pakcik? Setem tak cukup ke?
B4: Macamana aku nak cakap ni?
………………………….

Moral: Alamat biar lengkap, nanti senang posmen buat kerja!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s