Farm Ville

Seperti biasa setelah selesai berkebun maya di FARMFville, aku akan menziarahi ladang-ladang, estet-estet, kebun-kebun dan kandang-kandang jiran tetangga yang berjumlah 65 orang semuanya. Tak singgah nanti, kata tak erat siratulrahim pula. Mana tahu dapat bonus ke, subsidi minyak ke, dapat binatang ternakan ke, tak pun dapat telur ayam percuma ke!

Dalam banyak-banyak ladang yang aku singgah, ada satu ladang tu penuh dengan binatang ternakan. Paling banyak biri-biri. Ada hitam dan ada yang putih. Akhir-akhir ini ada yang warna pink, oren dan hijau pula.

Memandangkan biri-biri hitam dan putih ada banyak, maka aku tanyalah tuan punya ladang tu. Kita letak nama dia Cik Senget sajalah. Nanti letak nama sebenar dia saman aku pula! Ha ha ha!

Berikut adalah temubual antara aku dengan Cik Senget tuan punya ladang:

Pauh: Baguslah ternakan biri-biri kau Nget. Boleh aku tanya beberapa soalan tak?

Nget: Boleh saja.

Pauh: Berapa pusingan biri-biri ni mengelilingi ladang ini setiap hari?

Nget: Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pauh: Yang putih.

Nget: Kalau yang putih lebih kurang 7 pusingan setiap hari.

Pauh: Yang hitam?

Nget: Yang hitam pun sama.

Pauh: Berapa kali pula kena kasi makan biri-biri ini setiap hari?

Nget: Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pauh : Kalau yang putih?

Nget: Ooo putih, yang putih makan lebih kurang 3 kali setiap hari.

Pauh: Dan yang hitam?

Nget: Yang hitam pun sama juga.

Pauh: Berapa jumlah bulu yang berjaya dikutip di FARMville setiap kitaran 2 hari?

Nget: Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pauh: Yang putih?

Nget: Kalau yang putih ia menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap kitaran 2 hari.

Pauh: Dan yang hitam?

Nget: Yang hitam pun sama.

Pauh: Kenapa kau nak membezakan biri-biri putih dengan hitam, padahal jawapan semuanya sama saja?

Nget: Mestilah, sebab biri-biri yang putih itu aku yang punya.

Pauh: Ooo, macam tu ke, habis tu yang hitam tu siapa punya?

Nget: Yang hitam pun sama, aku yang punya!!!! Ha ha ha!

Pauh: !$@%^*%^:”…!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s