Mesin Anti-Bohong

Prof Kiteretsu adalah seorang pereka robotik terkenal di Asia. Dia telah banyak mencipta robot dan mesin yang dapat meringankan pekerjaan manusia seharian. Beliau juga telah banyak menerima anugerah ke atas jasa beliau kepada dunia sains.

Hari ini Prof Kiteretsu telah berjaya menyiapkan rekaan terbarunya iaitu ‘Mesin Anti Pembohongan’ atau singkatannya robot MAP. Walaupun bunyi alatnya seperti nama barangan dari poket Doraemon, namun dia tetap berbangga kerana ianya adalah hasil ciptaannya seorang diri. Mesin ini boleh mengesan pembohongan. Setiap kali mesin ini mengesan pembohongan ia akan bertindakbalas dengan menampar orang itu.

Sebelum memperkenalkan mesin ini kepada umum, beliau perlu mencubanya dahulu sendiri. Dengan itu Prof Kiteretsu telah membawa robot MAP pulang ke rumah untuk menguji keberkesanannya.

Prof Kiteretsu menunggu anaknya, Sizuko pulang dari kelas tuisyen di ruang tamu. Namun anaknya tidak pulang sehinggalah jam 11:15malam.

“Kamu dari mana?” tanya Prof Kiteretsu .

“Ada kelas tambahan, Papa.”, jawab anaknya.

Tiba-tiba robot MAP menampar anaknya.

“Sizuko, ini adalah alat ciptaan Papa, ia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat?!” tanya Prof Kiteretsu sekali lagi.

“Maaf Papa, saya singgah rumah Memey tengok wayang.” jawab Sizuko.

“Cerita apa?” tanya Prof Kiteretsu .

“Hello Kitty The Movie, Papa.” jawab Sizuko ringkas.

Sekali lagi robot MAP menampar muka Sizuko.

“Katakan dengan jujur cerita apa?!”, gertak Prof Kiteretsu .

“Maaf Papa, saya tengok cerita dot dot dot!” jawab Sizuko malu.

Mendengarkan jawapan itu, Prof Kiteretsu menjadi marah.

“Kamu ni, kecil-kecil dah nakal. Kamu nak jadi apa bila besar nanti? Malukan Papa saja perbuatan kamu ini. Masa Papa kecil dulu, Papa tak pernah pun buat macam ni, tau!” jelas Prof Kiteretsu .

Kali ini Prof Kiteretsu pula ditampar oleh robot MAP. Suasana hening untuk beberapa ketika.

Tiba-tiba Isteri Prof Kiteretsu kemudian masuk ke ruang tamu dan terus berkata “Alah sama saja kamu dua orang ni. Dah sememangnya dia anak awak…”.

Robot MAP menampar isteri Prof Kiteretsu pula sebelum isterinya sempat menghabiskan kata-katanya. Dan tiba-tiba suasana kembali sunyi sepi kerana masing-masing terdiam tak tahu nak cakap apa dah!

TAMAT!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: