Saya Pun Tak Tahu

Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan AirBus 300 dari Newcastle, Britain ke Kota Bharu, Kelantan. Kelihatan seorang gadis cantik comel sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan dan penat itu tidak berminat lalu dengan sopan santun menolak permintaan peguam tersebut. Peguam itu berasa tidak puas hati dan dipaksanya juga gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Lalu peguam itu berkata, “Saya tanya satu teka-teki, jika awak dapat jawab, saya kasi awak USD500! Tapi jika awak tak dapat beri jawapan, awak kena kasi saya RM5 sahaja. Ok?”.

Maka gadis tersebut terus mengangguk dan menerima cabaran peguam tadi tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama. “Berapa jauhkah jarak di antara Bumi dan bulan?”.

Gadis tersebut diam serta dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

“Hahaha! Pusingan pertama awak kalah. Sekarang giliran awak ajukan soalan pada saya!”, cabar peguam dengan bangganya.

Maka gadis itu dengan acuh tak acuh lalu bertanya, “Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki?”.

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer riba dari begnya dan terus mencari maklumat di enjin carian Google, Yahoo dan yang sewaktu dengannya. Tapi tiada jawapan yang ditemui. Dia juga mengirim e-mail kepada setiap kawannya yang bekerja sebagai doktor, pensyarah, pakar veterinar, arkitek dan ramai lagi namun tiada yang dapat menolongnya memberikan jawapan.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis comel yang telah tertidur itu. Dia pun menyerahkan USD500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi? Dan seperti mula-mula tadi, dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawab : “Saya pun tidak tahu. He he he!”.

Sekian!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s