Jawatan Kosong

Adakah anda yang kami cari?

Adakah anda minat menceburi bidang PERTAHANAN NEGARA?

Adakah anda berminat menyertai badan BERUNIFORM?

Adakah anda sentiasa BERSEDIA apabila DIPERLUKAN pada bila-bila masa?

Bersedia bekerja di LUAR NEGARA?

Jika YA, marilah membantu skuad negara dalam membanteras jenayah ANTARABANGSA.

Syarat-syarat kelayakan utama:

1. Anda mestilah warganegara Malaysia termasuk bumiputra dan bukan bumiputra.

2. Tidak mengalami masalah RABUN yang teruk.

3. Kelayakan Minimum Sijil Pelajaran Malaysia Gred 2.

4. Berumur diantara 18-40 tahun.

5. Kelebihan diberikan jika dapat bertutur atau memahami bahasa Jepun.

Kelebihan:

1. Kerja di bawah seliaan kerajaan.

2. Gaji pokok: RM1800.

3. Elaun bulanan (Cola): RM300.

4. Elaun penginapan: RM300.

5. Uniform: RM450.

6. Dobi RM200.

7. Percuma kursus mempertahankan diri.

8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas.

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 08 Julai 2010 di Jabatan Pertahanan Antarabangsa cawangan Malaysia.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang beserta kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.

SILA LIHAT LAMPIRAN DI BAWAH UNTUK JAWATAN YANG DITAWARKAN.

Jawatan beruniform yang ditawarkan:

1. Power Rangers.

  • 8 kekosongan ditawarkan.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Warna pakaian uniform berdasarkan siapa cepat dia dapat.
  • Di kehendaki bekerja di dalam kumpulan.

2. Kamen Riders.

  • Tiada had permohonan.
  • Lelaki sahaja.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya lesen B2 yang telah diperbaharui.
  • Motosikal dan elaun minyak dibekalkan.
  • Boleh berkerja samada solo atau berkumpulan.
  • Helmet khas ditawarkan mengikut rekabentuk sendiri yang diluluskan.

3. Ultraman.

  • Tiada had permohonan.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Sanggup ditugaskan di mana-mana sahaja termasuk di luar planet bumi.
  • Sanggup menahan diri dari berkata-kata ketika bertugas.
  • Sanggup bertukar saiz apabila diperlukan.

4. Sailormoon.

  • Untuk pemohon wanita sahaja.
  • Hanya 5 kekosongan ditawarkan.
  • Sanggup bertugas tak kira dalam apa cuaca sekalipun walaupun berpakaian singkat.
  • Sanggup berpakaian kelasi walaupun tidak bertugas di atas kapal.
  • Sanggup bertukar uniform ditempat terbuka (cahaya khas diberikan untuk mengaburi penglihatan orang sekeliling ketika bertukar).

5. Polis Angkasa Gaban Z.

  • 3 kekosongan disediakan.
  • Lelaki dan wanita boleh memohon.
  • Meminati bidang kepolisan dan undang-undang diutamakan.
  • Tiada alahan terhadap binatang kerana setiap anggota akan dibekalkan seekor naga terbang.

Semua pemohon yang berjaya akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik di ibu pejabat seluruh Jepun. Berkhidmat untuk negara! Sekian terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s