E-mail

*Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Microsoft digunakan sebagai contoh kerana syarikat komputer tersebut amat berjaya pada ketika itu!*

Kononnya cerita dongeng ini berlaku di zaman pertengahan 90an. Seorang gadis kampung, Faizura ingin mencuba nasib di bandaraya Kuala Lumpur. Kerana bosan bekerja di ladang sayur, Faizura memohon jawatan sebagai tukang sapu di Syarikat Microsoft.

Pada hari yang dijanjikan, pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta Faizura menunjukkan cara-cara membersihkan lantai. Setelah beliau berpuas hati, pegawai tersebut pun berkata “Tahniah Faizura, awak diterima bekerja. Sila berikan email awak kepada saya. Nanti saya akan mengirimkan jadual kerja kepada awak.

Faizura menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga akaun email. Malangnya, pegawai tadi mengatakan bahawa tanpa email Faizura tidak boleh diambil sebagai pekerja di syarikat tersebut. Faizura menerima keputusan itu dengan rasa kecewa.

Tanpa berfikir panjang, beliau yang hanya memiliki RM10 telah pergi ke Hypermarket terdekat dan membeli buah-buahan dan sayur-sayur. Kemudian dijualnya buah dan sayur tersebut di sebuah flet berdekatan dari pintu ke pintu. Selepas 2 jam semuanya habis di jual.

Faizura mendapat untung dua kali ganda. Kerana usahanya mendatangkan keuntungan lumayan, dia meneruskan kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya. Setelah beberapa tahun, Faizura telah menjadi usahawan berjaya serta telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa cawangan menjual sayur dan buah-buahan di seluruh Malaysia.

Kini Faizura telah mempunyai keluarga dan harta yang yang melimpah-ruah. Suatu hari, Faizura telah terlintas difikirannya untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. Dia telah memanggil seorang agen insurans untuk datang ke pejabatnya. Setelah berbincang beberapa ketika, Faizura telah bersetuju untuk membeli insurans tersebut.

Maka berkatalah agen insurans tersebut, “Boleh saya minta e-mail puan?

Oh.. maaf, saya tidak pernah memiliki komputer dan juga e-mail.” jawab Faizura.

Agen Insurans itu terkejut dan berkata, “Peliknya, Puan mempunyai rangkaian perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan akaun e-mail? Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika Puan memiliki komputer dan akaun e-mail sejak dari dulu lagi.“.

Dengan segera Faizura menjawab, “Jadi apa lagi, jadi tukang Sapu di MICROSOFT lah!“.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s