10x Ganda

Pada suatu hari di zaman belum wujudnya mesin basuh, seorang surirumah, Mia Maisara bt. Abdul Rahim (bukan nama sebenar) pergi ke sebatang sungai berhampiran rumahnya untuk membasuh pakaian.

Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan puyu yang menggelepar di atas batu sungai itu. Mia menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara.

Ikan: “Kalau puan menolong aku tolak ke sungai, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda.”

Mia: “Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.”

Ikan: “Tetapi suami puan akan mendapat 10 kali ganda kecantikannya dan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.”

Mia: “Tiada masalah!

Lalu dalam sekelip mata Mia menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu. Permintaan kedua Mia ialah ingin menjadi kaya.

Ikan: “Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.”

Mia: “Tak apa. Lagipun wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Kan suamiku, tabungku!”

Maka jadilah Mia wanita kaya dengan gelang memenuhi pergelangan tangan sampai ke siku.

Ikan: “Permintaan ketiga? Fikir betul-betul sebab ini permintaan terakhir dan suami puan tetap akan mendapat 10 kali ganda atas apa saja permintaan puan nanti!”

“Aku nak serangan jantung yang ringan.” jawab Mia dengan penuh keyakinan.

Anda fikir sendirilah apa yang berlaku pada suaminya selepas itu!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: