Undur Lagi

Hari ini Ahad, hari cuti bagi negeri-negeri selain Terengganu, Kelantan dan Kedah. Seperti biasa setiap pagi Ahad, Puan Limah dan anaknya Husin yang berumur 6 tahun di bawa oleh suaminya pergi ke pasar membeli barang dapur.

Oleh kerana hari ini suaminya tiada di rumah kerana ada mesyuarat tergempar JKKK Kampung Mempelam, maka terpaksalah beliau memandu sendiri untuk ke sana bersama anak kecilnya itu.

Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Puan Limah pun berpesan kepada anaknya.

Puan Limah: Husin, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu Mama.

Husin: Baiklah , Mama!

Puan Limah: Kena tak? Kena tak?

Husin: Belum, belum! Undurlah lagi Mama.

Puan Limah: Kena tak? Kena tak?

Husin: Undur lagi, lagi, lagi!

Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat, KRASH BOOM BANG!

Husin: Okay Mama, dah kena pun!

Puan Limah: Alamak! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku!

Husin: Kata Mama bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu!

Moral: Gunalah ayat yang betul bila berpesan pada sesiapapun. Pemahaman itu penting! šŸ˜€

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: