Kronisma

Suatu pagi di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur, Kumpulan Abi Ummi Holding, seorang pekerja iaitu Nassaruddin secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Nassaruddin , awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sini?”

Nassaruddin : “Ya saya tahu, untuk kenaikan pangkat sayakan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini. Masuk sini kamu diberi jawatan sebagai Dispatch.”

Nassaruddin: “Benar.”

Pengarah: “Seminggu kemudian kamu ditukar ke bahagian Sales sebagai Salesman.”

Nassaruddin: “Itu pun benar juga.”

Pengarah: “Sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah.”

Nassaruddin: “Semuanya benar-benar belaka.”

Pengarah: “Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Nassaruddin : “Oh betullah tu, terima kasih tak terkira.”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan? Kalau saya batalkan?”

Nassaruddin : “Laaa, Ayahkan dah janji kelmarin?”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s