Siapa Paling Bodoh?

Pada suatu tengahari Jumaat di sebuah negeri di Pantai Timur, ada dua orang kaya sedang berselera makan di sebuah restoran tertutup. Sementara menunggu orang solat Jumaat di masjid selesai, maka mereka pun bersembanglah seadanya. Kiranya mereka ini ponteng solat Jumaat berjemaahlah pada hari tersebut. Salah satu topik hangat yang disembangkan adalah tentang pemandu kereta masing-masing.

Datuk Din: “Tok Mat, mung tau dok, drebar aku tu memang bodo giler. Kalu mung dok caye, meh aku test tunjuk ke mung. (Datuk Mat, kau tahu tak, pemandu aku itu memang bodoh bendul. Kalau awak tak percaya, mari aku tunjukkan contoh.)

Lalu terus Datuk Din memanggil pemandunya, Si Abu.

Datuk Din: “Abu, mung ambik pitih sepuloh riyal nih. Aku nok mung gi kedai kerete belikang aku kerete Ferrari Modena sebuoh! (Abu, kau ambil duit RM10 ni. Aku nak kau pergi kedai kereta, belikan aku sebuah kereta Ferrari Modena.)

Abu: “Baik bos, sekarang jugok saye gi. (Baik tuan, sekarang juga saya pergi.)

Abu menjawab dengan taat lalu terus pergi ke kedai kereta yang dikatakan tuannya.

Datuk Din: “Mung nampok dok? Aku kabo ke die ape bende pong, die buat je sume. (Kau nampak tak? Aku arah apa saja, dia buat tanpa membantah).

Datuk Mat: “Hok oloh, tu tadok bende lagi. Kalu mung nok tau, drebar aku lagi bodo ko’o. Meh aku pulok tunjuk ke mung! (Ala, itu tak teruk lagi. Kalau kau nak tahu, pemandu aku lagi teruk bodohnya. Mari aku pula tunjukkan pada kau.)

Lalu Datuk Mat memanggil pemandunya pula untuk diberi arahan.

Datuk Mat: “Ali, mung gi balik rumoh aku kejap, mung tengok ade dok aku kat rumoh nun? Pastu mung mari kabo ke aku semula. (Ali, kau balik rumah aku sekejap, cuba tengok aku ada kat rumah atau tidak. Nanti datang sini beritahu aku, ya!)

Ali: “Ok Tok, saye gi dulu. (Baik Datuk, saya pergi dulu.)

Selepas Ali berlalu pergi, Datuk Mat pun berkata pada Datuk Din.

Datuk Mat: Betul dok ape aku cakap? Die tadok otok nok mikir? Mane buleh aku ade due tempat serentok! (Betul tak apa aku cakap? Dia tak ada otak nak fikir ke? Mana boleh aku ada di dua tempat dalam satu masa!)

Tidak berapa lama kemudian, kedua orang pemandu tadi bertembung sesama mereka di satu simpang.

Abu: “Wei Ali, mung tau, bos aku tu bodo giler aaa. Die bui ke aku sepuloh riyal, pastu mintok aku beli Ferrari Modena kat kedai kerete. Mane buleh! Mung kang tau hari ning hari Jumaat. Mane ade kedai bukok! (Oi Ali, kau tahu, bos aku tu bodoh betul. Dia kasi aku RM10 suruh aku pergi kedai kereta beli Ferrari Modena. Mana boleh! Hari ni kan Jumaat. Mana ada kedai yang buka!)

Ali: Mung ingat bos mung je bodo? Tok aku tu lagi bodo! Ade ke die suruh aku balik tengok die ade ke dok kat rumoh? Kang die buleh telipong je bini die kat rumoh tanye die ade ke dok dinun!! (Kau ingat tuan kau saja bodoh? Tuan aku lagi bodoh! Ada ke patut dia suruh aku balik rumah untuk lihat samada dia ada kat rumah atau tidak. Padahal dia boleh telefon isterinya kat rumah dan tanya samada dia ada kat sana atau tidak!)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s