Katil

Selepas bersesak-sesak di jalanraya dari bandar Kuala Lumpur menuju pulang ke rumah di Balakong, Mubarak singgah sebentar di pejabat kawannya, Gaddafi seorang doktor pakar. Tujuan Mubarak ialah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya sekarang.

Gaddafi: “Apa masalah kau? Cer crite.”

Mubarak: “Begini, masalah ni dah lama aku alami sejak aku beli katil baru tahun lepas.”

Gaddafi: “Apa yang berlaku?”

Mubarak: “Setiap kali hendak tidur, aku mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila aku tidur di bawah katil, aku rasa ada orang di atas. Aku rasa macam nak gila!”

Gaddafi: “Beginilah, kau datang saja ke klinik aku. Bagi aku masa 5 bulan, masalah kau akan selesai. Ini ada kena mengena dengan jiwa kau. Kau datang tiga kali seminggu cukuplah.”

Mubarak: “Berapa bayarannya untuk setiap pertemuan?”

Gaddafi: “Tak mahal, kawan-kawan hanya RM100 sahaja.”

Mubarak: “Nanti aku fikirkan.”

3 minggu kemudian, Gaddafi terserempak dengan Mubarak sedang berjalan-jalan di Suria KLCC. Lalu Gaddafi menegurnya.

Gaddafi: “Kenapa hari tu tak datang jumpa aku?”

Mubarak: “Oh, tentang masalah tu aku dah dapat selesaikan.”

Gaddafi: “Siapa yang bantu selesaikan? Kau jumpa pakar mana?”

Mubarak: “Ala, tokeh kedai perabot depan rumah yang ubatkan aku. Percuma pulak tu!”

Gaddafi: “Tokey kedai perabot? Macamana?”

Mubarak: “Dia suruh aku potong kaki katil tu. Selesai masalah aku.”

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s