Magnet sebesar BUKIT!

 

 
8:30 pagi tadi sewaktu memandu kereta pergi ke tempat kerja, saya terdengar pengacara wanita di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 menyebut tentang sebuah bukit yang bermagnet berhampiran dengan Madinah. Memandangkan saya tak boleh menonton TV ketika memandu, maka sepanjang perjalanan itu saya hanya mendengar celoteh pengacara itu dab menyimpan hasrat untuk mencari info tentang bukit ini sebaik saja tiba di pejabat nanti.


Bukit Magnet atau Jabal Magnet ini terletak di Madinah, sebuah kota di negara Timur Tengah iaitu Arab Saubi. Kota Madinah Al Munawarah juga merupakan kota suci bagi umat Islam. Kota ini dikelilingi oleh bukit-bukit dan gunung-ganang. Bukit ini berada 60km dari Kota Madinah. Dianggarkan seluas 4km kawasan gunung ini mempunyai tarikan magnet yang kuat. Gunung Magnet tersebut bewarna hitam dan merah bata.

 

Koordinat Bukit Magnet Madinah
24° 43′ 21.21″ N 39° 26′ 40.26″ E
 
Warga setempat menyebutnya Manthiqa Baidha, yang bermaksud perkampungan putih. Namun, banyak yang menamainya Jabal Magnet. Jabal Magnet menyimpan misteri dan fenomena kagum bagi sesiapa saja yang berkunjung ke kawasan ini.
 
 
Kenderaan yang melalui kawasan ini akan merasai kelajuan bertambah 5km/j. Jika kenderaan dimatikan dan gear dibiarkan neutral, kenderaan akan bergerak sendiri secara perlahan dan boleh mencapai kelajuan maksima 120km/j pada akhir kelajuan.
 
 
Jika dikatakan tarikan graviti menyebabkan kenderaan bergerak sendiri, bagaimana pula bila kenderaan tersebut boleh menaiki kawasan yang membukit. Tidak hanya itu, jarum penunjuk kompas yang dibawa juga tidak bekerja sebagaimana biasa. Arah utara-selatan menjadi kacau. Selain itu, ada beberapa pengunjung mengaku kehilangan data dari telefon bimbit ketika di lokasi tersebut.

 

 

Secara geografi, fenomena Jabal Magnet boleh dijelaskan dengan logik akal. Kerana, Kota Madinah dan sekitarnya berdiri di atas “Arabian Shield” tua yang sudah berumur 700 jutaan tahun.
 
Kawasan itu berasal dari endapan lava “alkali basaltik” (theolitic basalt) seluas 180,000km persegi. Lava yang bersifat basalt itu muncul ke permukaan bumi dari kedalaman 40 kilometer melalui zon rekahan sepanjang 600 kilometer yang dikenal sebagai “Makkah-Madinah-Nufud volcanic line”.
 
 
Banyak gunung berapi terbentuk di sepanjang zon rekahan itu. Seperti Harrah Rahat, Harrah Ithnayn, Harrah Uwayrid dan Harrah Khaybar.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s