Tersilap cabut gigi!

 

 
11/9/2011 SOMERSET: Seorang doktor gigi yang mencabut gigi yang salah milik seorang pesakit, mengambilnya semula daripada tong sampah dan ‘menanamnya’ semula pada gusinya dua jam kemudian.

Kim Green, 44, yang menjadi mangsa.
 
Kim Green yang kesakitan tidak sedar bahawa giginya yang sihat adalah antara yang yang berada dalam tong sampah itu bersama-sama tisu penuh dengan darah, kesan air ludah dan jarum yang digunakan terhadap pesakit lain.
 
Justin George, doktor yang tersalah mencabut gigi.
 
Doktor gigi, Justin George ‘menanam’ semula gigi itu, membiarkan gigi yang sakit begitu saja dan mencadangkan dia memakan ubat tahan sakit sehingga temu janji lain diadakan.
 
Tetapi, malam itu, Kim, 44, tidak dapat lagi menahan kesakitan dan dimasukkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan.
 
Mana satu gigi yang patut dicabut?
 
Seorang pakar bedah yang terkejut, mencabut kedua-dua gigi berkenaan dan membuat laporan mengenai George kepada pihak berkuasa tempatan dan Majlis Doktor Gigi. Dia kini digantung tugas sementara menanti untuk dibicarakan.
 
 
Menurut Kim, ibu dua anak, berikutan kejadian itu dia terpaksa menjalani ujian darah dan suntikan antihepatitis.
 
Masalahnya bermula 28 Mei lalu apabila dia mengunjungi klinik gigi berhampiran kediamannya. Kim mendakwa, George menjalankan imbasan-X pada mulutnya tetapi tidak melihat imejnya.
 
 
Dia hanya bergantung kepada Kim untuk menunjukkan gigi yang sakit. Doktor itu hanya menyedari kesilapan itu selepas diberitahu dan melihat imej imbasan itu.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s