Apa itu BEKAM?

Sebulan yang lepas saya telah memberanikan diri untuk menjalani proses BEKAM. Pada masa itu penyakit migrain dan lenguh bahu kanan menyerang hampir setiap pagi selama seminggu berturut-turut. Setelah sekian lama ingin mencuba akhirnya saya telah menjalani proses tersebut. 
 
Selesai BEKAM terus boleh memandu kerana tiada kesan sampingan.
 

 

Difahamkan bahawa darah kotor tersebut berada di antara bawah kulit dan daging kita. Oleh itu selepas rawatan dijalankan, kita tidak akan mengalami pening-pening atau loya sebagaimana setelah menjalani derma darah atau pembedahan. Bekam juga diamalkan oleh penganut agama lain juga bertujuan untuk kesihatan badan.
 
Cara lama berbekam menggunakan tanduk kerbau sebagai penyedut.
 
Ada banyak pusat khidmat bekam di Lembah Klang ini. Saya memilih untuk berbekam di Pusat Bandar Melawati kerana menyedari ada sebuah pusat bekam yang telah wujud disitu lebih dua dekad yang lalu. Pusat Bekam AL-YAKIN ini dimiliki oleh Haji Ibrahim bin Haji Mokhsen dan keluarga.
 
Bersama Haji Ibrahim tabib bekam.
 

Tiada rasa sakit dan selepas berbekam kali pertama rasa lenguh dan migrain telah berkurangan. Insya’Allah diharapkan setelah selesai menjalani sesi-sesi ini, penyakit ini akan hilang dan tidak kembali lagi.

APA ITU BEKAM?
 
Proses bekam moden di belakang badan.
 
BEKAM adalah sistem rawatan perubatan Rasulullah s.a.w. yang dinyatakan oleh baginda dalam hadis-hadis berikut:
 
1.1 Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) di malam Israk dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam”.

 
1.2 Daripada Nafiq r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Barangsiapa berbekam maka ke atasnya keberkatan dari Allah dan berbekam juga menghilangkan kahak, gelama (lendir) dan balgham (lemak)”.

 
Titik-titik bekam di kepala.
 
FAEDAH BERBEKAM
 
  1. Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit disebabkan terlalu banyak memakan ubat-ubatan (pil).
  2. Memulihkan saraf dalam tubuh manusia.
  3. Memulihkan sistem badan supaya berfungsi dengan baik.
  4. Melancarkan pengaliran oksigen keseluruh badan bagi membolehkan badan kembali sihat.
  5. Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit.

 

 
Peralatan BEKAM yang moden.
 
JENIS PENYAKIT YANG DIRAWAT
 
  • Asma (lelah)
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Lemah jantung
  • Strok
  • Migrain/pitam/sakit kepala
  • Demam/batuk/selsema
  • Resdung/jerawat batu
  • Kencing tak lawas
  • Gaut/bisa-bisa sendi/tulang
  • Sakit pinggang
  • Kebas
  • Mandul
  • Lenguh-lenguh
  • Lepas bersalin
  • Terlalu gemuk/obesiti
  • Lemah tenaga batin
  • Senggugut/haid tidak teratur
  • Sakit buah pinggang
  • Sembelit/buasir
  • Gastrik
  • Sakit perut/angin
  • Kanser payudara/rahim/keputihan
  • Masalah semasa mengandung
  • sihir/jin/syaitan
  • penyakit kronik dan banyak lagi

 

 
Titik-titik BEKAM di badan.
 
KELEBIHAN BERBEKAM
 
Berbekam menyembuhkan penyakit dalam masa yang singkat, Insya’Allah. Amalan berbekam dapat mengelakkan diri dari penyakit-penyakit dan dapat menjaga kesihatan badan untuk beribadah.
 
2 “cup” darah kotor saya disedut ketika berbekam di kepala.
 
PUNCA TERJADINYA PENYAKIT
 
Penyakit berpunca dari darah dalam badan tidak berfungsi lagi dan tidak berguna lagi untuk tubuh yang akhirnya menjadi keracunan yang menghakis kecergasan badan. Jika tidak dibuangkan toksin (kekotoran atau keracunan) tadi, lama-kelamaan badan tidak boleh bertahan, maka terjadilah penyakit iaitu seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit yang merbahaya.
 
Proses mengepam darah kotor di badan.
 
MERAWAT PENYAKIT SECARA BEKAM
 
Sistem rawatan ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. di mana darah dan angin yang tidak berguna pada badan yang menyebabkan terjadinya penyakit akan dibuang dengan disebut keluar menggunakan alat bekam yang moden. Rawatan ini tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada bahaya pada tubuh badan.
 
Antara pusat rawatan bekam di Lembah Klang.
 
MERAWAT PENYAKIT
 
Penyakit yang dihidapi perlu dirawat sehingga pulih. Pesakit adalah dinasihatkan agar membuat rawatan empat kali berturut-turut mengikut jadual yang ditentukan. Jika tidak biasanya penyakit tidak sembuh sepenuhnya.
 
 
BERBEKAM MENDAPAT KEBERKATAN
 
Umat Islam hendaklah mengamalkan BEKAM sekurang-kurangnya setahun sekali di kepala pada bulan Rejab ataupun bulan Sya’aban untuk mendapat keberkatan dari Allah.
 
Al Yakin di Pusat Bandar Melawati bersebelahan Kohilal.
 
Pada mereka yang ingin mencuba menjalani proses BERBEKAM ini, bolehlah mencuba di pusat Al-Yakin tadi (hubungi Haji Ibrahim 013 375 8087 Taman Melawati Selangor/Sungai Udang Melaka) atau mana-mana pusat bekam yang halal, bersih dan tidak menyakitkan (moden).
 
Insya’Allah semoga cepat sembuh segala penyakit kecuali MATI!
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s