Hati-hati Panggilan Palsu dari IPK n Pos Malaysia!


13 Mac 2013 KAJANG, Selangor: Salam dan selamat sejahtera semua. Sejak beberapa tahun yang lalu kita sering terdengar penipuan melalui panggilan telefon dan menerusi e-mail. Pelbagai teknik digunakan untuk meyakinkan mangsanya.


Penipuan yang biasa kita dengar seperti memenangi hadiah cabutan atau peraduan sering digunakan. Nama-nama besar dijaja seperti Shell, Petronas, Jusco, Perodua dan banyak lagi sebagai helah untuk mengaburi kita.

Aku juga selalu mendapat e-mail, sms dan panggilan dari penipu-penipu ini. Namun setakat ini helah mereka terbongkar sebelum berjaya meyakinkan aku, sehinggalah pagi tadi. Kenapa? Sebab mereka menggunakan helah yang lebih canggih!


Jam 10:45 pagi tadi, aku menerima panggilan dari nombor bebas tol 1300300300. Nombor tersebut ialah nombor Hotline Perkhidmatan Poslaju Malaysia. Maka memandangkan nombor tersebut pernah digunakan sebelum ini maka aku menjawab panggilan tersebut.

Terdengar arahan mesin operator menyatakan kononnya ada surat berdaftar yang ditujukan kepada aku tidak dituntut. Untuk maklumat lanjut silat tekan “0”. Maka aku tekanlah “0” pada butang telefon.


Seperti keadaan sebenar, sementara menunggu panggilan dilayan, lagu latar dialunkan. Tiba-tiba seorang wanita menjawab panggilan dan menanyakan apa yang boleh dibantu. Percakapan bahasa Malaysianya ada sedikit pelat. Lain macam aje, hairan juga.

Setelah memberitahu tentang surat berdaftar tadi, maka wanita tersebut meminta nombor kad pengenalan (IC) untuk membuat semakan. Akupun kasilah! Sebentar kemudian wanita itu menyebut nama penuh aku untuk tujuan kepastian.

Katanya surat berdaftar yang tidak dituntut itu datangnya dari Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL). Surat itu berkenaan panggilan ke mahkamah Jalan Duta. Wah! Dashyat bunyinya. Tapi apa kesalahan aku buat sampai kena pergi mahkamah? Musykil!


Wanita tersebut meminta nombor telefon aku untuk memudahkan pegawai dari IPK menghubungi aku setelah beliau proseskan perkara tadi. Kemudian wanita itu memberi aku satu nombor siri rujukan enam angka 484966 untuk dinyatakan apabila pihak IPK menghubungi aku nanti.

Memang macam serius saja bunyinya. Dalam kepala masih lagi terfikir kes tentang apa!?

Tamat perbualan dengan Poslaju. Sejam kemudian kira-kira jam 11:45 pagi, aku menerima pula panggilan dari 0321460522. Aku semak nombor tersebut menggunakan iPad. Benar itu nombor dari IPKKL. Jadi akupun jawablah.


Seorang lelaki pelat percakapan menyebut nama dan nombor IC aku. Akupun mengiyakanlah. Beberapa saat kemudian lelaki itu mengatakan aku telah dipanggil untuk ke mahkamah tetapi tidak hadir. Surat telah dihantar tetapi tiada respon. Bila aku tanya tentang apa, beliau meminta nombor rujukan enam angka tadi untuk semakan surat kes tersebut. Beliau akan menghubungi aku kembali nanti. Tamat perbualan!

Aku rasa hairan, jika posmen datang hantar surat berkali-kali mesti ada kertas tuntutan surat ditinggalkan. Lagipun apa kesalahan besar sampai nak masuk mahkamah? Takkan kena saman parking berusia dua bulan sampai masuk kamar! Kamar mahkamah la bukan kamar tidur!

Sambil-sambil kehairanan tangan aku sibuk tekan kembali nombor IPKKL dan PosLaju tadi. Tiba-tiba ada satu “search result” yang menarik perhatian aku. Bila aku baca artikel itu sama macam apa yang berlaku tadi. Sebijik tuuu!!!


Aku terus dail semula nombor IPKKL dan membuat siasatan sendiri. Seorang pegawai menjawab dan mengesahkan bahawa segala kejadian tadi adalah penipuan semasa. Tiada pihak IPPKL dan Poslaju yang menelefon aku. Pemanggil tersebut telah mengklonkan nombor IPKKL n Poslaju untuk tujuan penipuan yang hebat!

Penerima akan melihat nombor dari Poslaju dan IPKKL keluar pada skrin telefon masing-masing apabila penipu-penipu ini membuat panggilan. Akan tetapi jika kita mendail kembali nombor tersebut, ianya akan disambungkan ke Poslaju dan IPKKL yang sebenar. Makin canggih penipu-penipu ini!


Aku terus membuat laporan polis untuk mengelak jika berlakunya penyalahgunaan nombor IC tadi di masa akan datang atas nasihat pegawai di IPKKL. Rupa-rupanya hari ini saja dah beratus orang datang buat laporan polis sekitar KL dan Selangor. Perkara ini telah berlaku sejak 2012 dengan menggunakan modus operandi yang sama @ dialog pun sama!

Harap kawan-kawan di luar sana pun berwaspadalah. Dalam berhati-hati pun terkena juga! Nasib baik aku sedar setakat IC saja sebab menurut kes-kes yang sebelum ini mangsa akan menerima panggilan susulan dari IPKKL palsu dan diterangkan segala kesalahan berat yang dihadapi. Kemudian penipu itu akan meminta nombor akaun, identiti dan macam-macam lagi untuk membantu siasatan serta mengurangkan hukuman jika disabitkan kesalahan. Ada juga yang diugut sehingga melibatkan keluarga dan nyawa.

Berhati-hatilah ya semua! Alhamdulillah aku sempat sedar! Berikut adalah petikan yang aku jumpa di internet yang aku ceritakan di awal tadi. Memang sama tu! Kes ini berlaku pada sekitar Jun 2012!
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s