Keluarga Sedut!

“Koh! Koh! Koh! Sekejap ya, jerebu tak nampak!”
“Helo, saya Putin, Vladimir Putin. Ini kisah keluarga saya.”
“Ini datuk saya, Atok Sedut. Dia pakar penggulung rokok daun ternama di kampung suatu ketika dahulu. Siapa-siapa nak merokok ketika itu Atok Sedutlah yang akan dicari. Hebat datuk saya ni.”
“Angah saya ni pula mewarisi paip tembakau dari datuk. Atok Sedut tak suka paip tersebut sebab ianya peninggalan penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Merosakkan bangsa katanya.”
“Ini Along, dia baru saja balik dari oversea sebab gagal dalam pelajaran. Dia ada bawa balik  ‘souveniers’ macam buluh kasap. Besar! Tak guna tembakau macam atok tapi daun kering. Entah apa! Katanya buat kenang-kenangan.”
“Abah pulak memang perokok tegar. Atok Sedut cerita abah hisap sejak zaman sekolah. Hari-hari kena kejar dengan rotan. Entah ikut perangai siapalah kata datuk. Dah puas atok larang dan rotan.”
“Ini mama saya. Dia dulu belikan e-rokok nak hadiahkan kepada abah supaya dapat kurangkan merokok. Sampai terpaksa buat demostrasi depan abah cara-cara guna e-rokok. Tapi abah buat tak tau juga. Akhirnya mama yang ketagih sebab hari-hari buat demo guna benda tu.”
“Akhir sekali ialah Acik. Sebab terikut-ikut selebriti dan anak orang kenamaan di TV, akhirnya dia pun turut sama menyertai Kelab Hobi Vapor. Pergi mana-mana mesti ada saja perisa vapor yang baru dibelinya. Tak merbahaya katanya. Wap air je. Lagipun wangi tak macam yang Atok Sedut, abah, angah dan along hembus. Boleh geng dengan mama.”
“Entahla. Saya sekarang masih lagi hisap puting. Agak-agak korang bila besar nanti saya macamana?”
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s