Ketiak dan khianat

Hari ini jalanraya masih lagi lengang. Kenderaan pun tak banyak. Biasanya waktu memandu balik kerja akan memakan masa paling kurang pun 1 ke 2 jam untuk sampai ke rumah. Tapi hari ini tak sampai pun setengah jam. Itupun aku memandu perlahan bawah 80km/j sahaja.

Sambil memandu, sambil layan lagu-lagu rock yang dimainkan oleh stesen radio SINAR pada setiap petang hari isnin hingga khamis. Dalam banyak-banyak lagu ROCK, lagu kumpulan X.P.D.C. paling sesuai dengan cerita hari ini.
C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa.
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya!
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta.
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenar-benarnya!
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila?
Manakah satu arah kita sebenarnya dunia……!

Apa kena-mengena lagu tadi dengan cerita hari ini? Berikut adalah cerita yang pernah disampaikan oleh seorang rakan waktu kami berjumpa beberapa tahun yang lalu. Cerita ini pun dia dapat dari rakan-rakannya juga. Kisah ini berlaku di sebuah warung tepi jalan yang sentiasa sesak dengan kenderaan.

Warung ini dikendalikan oleh Halim (bukan nama sebenar) bersama-sama isterinya. Halim berperanan sebagai pelayan dan juruwang manakala isterinya sebagai tukang masak. Warung Halim memang sentiasa penuh dengan pengunjung menjelang tengahari sampailah petang.

Pada satu tengahari, seorang pelanggan bertongkat datang ke warung mereka. Halim segera menghulurkan menu kepadanya.

Orang Buta: “Maaf, saya buta. Saya tak boleh baca menu. Kedai awak ada sudu yang belum dicuci?”.

Halim: “Ooo maafkan saya, tapi Encik nak buat apa dengan sudu kotor tu?”.

Orang Buta: “Saya nak cium bau sudu tu, nanti saya tahu makanan yang mana paling istimewa untuk saya pesan.”.

Halim pun terus ke dapur sambil garu kepala melihat telatah orang buta tadi. Dia terus mengumpulkan beberapa sudu yang belum dicuci dan memberikan kepada si buta.

Setelah mencium beberapa sudu, lelaki buta tadi pun memesan makanan. “Saya mahu nasi putih dan ikan pari masak asam pedas. Air sirap satu!” katanya.

Halim terkejut kerana menu yang dipesan itu merupakan menu kegemaran pengunjung ke warungnya. Beliau terus bergegas ke dapur untuk menyediakan makanan tersebut.

Selang beberapa hari orang buta tadi datang lagi ke warungnya. Dan seperti sebelum ini apabila hendak memesan makanan dia akan meminta sudu-sudu yang belum dicuci. Seperti diarah, Halim terus saja mengumpulkan sudu dan bersedia mengambil pesanan. Kali ini dia memesan nasi putih, ayam masak lemak cili padi serta air limau. Dan begitulah rutin Halim tiap kali orang buta tadi datang ke warungnya.

Pada suati hari, orang buta tadi datang lebih awal dari kebiasaannya. Seperti biasa dia meminta sudu-sudu yang belum dicuci untuk menyenangkan dia mencium bau dan memesan makanan. Malangnya orang buta tadi merupakan pelanggan pertama yang datang ke warung Halim hari itu.

Halim tidak memberitahu pada orang buta tadi sebaliknya di kepalanya timbul satu niat yang tak elok. Dia segera ke dapur menemui isterinya sambil memegang sudu. Dia menghampiri isterinya lalu mengusap sudu tersebut ke ketiak isterinya. Isterinya yang tidak mengetahui apa-apa terkejut terus melatah-latah.

Kemudian Halim terus keluar menuju ke meja lelaki buta itu. Dia yang tersenyum sinis terus menghulurkan sudu tadi kepada lelaki tersebut. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu sampai terangkat-angkat keningnya. Tiba-tiba lelaki buta tersebut berkata,

“Aku tak sangka makwe lamaku bekerja di sini, boleh aku berjumpa dengan dia?”!

Halim terkejut dan terus pengsan! Sesungguhnya C.I.N.T.A itu B.U.T.A!!!!

*******
Ops! Lupa nak beritahu, cerita ni hanyalah rekaan rakan semata-mata. Sebab topik borak kami ketika itu ialah lawak kosong! Jangan marah!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s