Hari Kartunis Malaysia

Mingguan Malaysia – Sejarah manis industri komik dan kartun tercatat buat julung kalinya dengan pembukaan rasmi Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) di Taman Botani Perdana di sini serentak dengan pengisytiharan Hari Kartunis Malaysia hari ini.

Galeri yang mengumpul lebih 500 karya seawal tahun 30-an itu dirasmikan Ikon Kartunis Negara, Datuk Mohd. Noor Khalid atau Datuk Lat yang turut dimeriahkan lebih 80 kartunis dari pelbagai generasi hadir melahirkan sokongan.

Lebih 60 kartunis termasuk naskhah asal lakaran tangan beberapa tokoh besar dalam landskap kartun tanah air iaitu Allahyarham Jab Had (Rejabhad), Zainal Buang Hussein dan Jaafar Taib turut dipamerkan.

Dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang manakala pada hujung minggu dan cuti umum akan dilanjutkan ke pukul 5 petang dengan bayaran masuk RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Rata-rata pengunjung yang hadir kelihatan teruja dapat menyaksikan karya naskhah komik popular era 70-an iaitu Gila-Gila sambil berswafoto dengan kartunis pujaan masing-masing.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: