Hari Kartunis Malaysia 2018

Mulai tahun 2017, 1hb April akan dikenali sebagai Hari Kartunis Malaysia. tahun lepas ulangtahun tersebut diadakan di perkarangan Rumah Kartun & Komik Malaysia. Tahun ini diadakan di Ruang legar Muzium Negara Malaysia, dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Anugerah terhadap penggiat kartun dan animasi 2018 turut... Continue Reading →

Advertisements

Karikatur Muzium Negara 25032018

Antara karikatur pelanggan yang siap pada hari ini 25hb Mac 2018. Alhamdulillah.

Karikatur Hos TV Al-Hijrah

TV Al-Hijrah telah datang ke Rumah Kartun & Komik Malaysia membuat penggambaran untuk rancangan Assalamualaikum yang akan bersiaran pada 16hb Mac 2018. Rancangan ini dihoskan oleh pengacara Iera Shac. Dalam rancangan tersebut saya dikehendaki melukis karikatur wajah beliau secara bersemuka.

Karikatur Ahad Di Kajang

Seperti biasa setiap hari ahad akan berada di bandar Kajang membuka tapak Karikatur di Flea Market bersama Karikaturis C'gu. Minggu ini tak ramai pengunjung kerana hujan sepanjang hari. Namun tetap ada beberapa orang pelanggan yang masih inginkan muka mereka di kartunkan. Alhamdulillah.

Powered by WordPress.com.

Atas ↑