Gila-Gila #800

Bulan ini November 2017 merupakan bulan istimewa buat majalah paling lama bertahan di Malaysia iaitu Gila-gila. Pada bulan ini Gila-gila menyambut bilangan yang ke 800. Thaniah Encik Jaafar Taib dan kumpulannya.

Advertisements

Lagi Stok Loghat #2

Semalam berjaya tambah lagi 4 strip menjadikan sekarang semuanya 5 keping. Lagi sekeping untuk cukupkan set untuk slot aku di majalah indie Loghat #2. Sebenarnya dah ada enam tapi disebabkan nak seragamkan tema ROBOT aku kena buat lagi satu cerita.

Majalah Fuyyoo! Isu 6 Kini di Pasaran!

Muka depan Majalah Fuyyoo! Isu 6. Dapatkannya di pasaran sekarang! Antara kartunis yang terlibat dalam isu kali ini. Dari kiri Tebuan, Aku Napie dan Pauh. Majalah Fuyyoo! Isu 1 hingga 6. Karya Kartunis Pauh dan Kobis Bunga. Antara kedai yang memasarkan Majalah Fuyyoo! ialah Mynews, Popular Book Store, Borders dan banyak lagi.

Majalah Fuyyo! Edisi ke3 Kini Di Pasaran!

Masuk isu ke-3 barulah kartun aku disiarkan. Inilah kali pertama kartun aku kembali ke percetakan setelah hampir 12 tahun menyepi. Semoga anda semua menyokong majalah kartun tempatan yang menampilkan gabungan otai-otai dan kartunis era baru! Untuk keterangan lanjut sila lawati Facebook Fuyyoo! di link ini:>> FUYYOO!

Powered by WordPress.com.

Atas ↑