Karikatur Ahad Di Kajang

Seperti biasa setiap hari ahad akan berada di bandar Kajang membuka tapak Karikatur di Flea Market bersama Karikaturis C'gu. Minggu ini tak ramai pengunjung kerana hujan sepanjang hari. Namun tetap ada beberapa orang pelanggan yang masih inginkan muka mereka di kartunkan. Alhamdulillah.

Advertisements

Kotakomik Kajang

Kotakomik telah menjemput aku dan kumpulan karikatur untuk memeriahkan acara mereka yang diadakan di Metropoint Kajang, Selangor selama 2 hari iaitu 16-17 September 2017. Boleh layari facebook Kotakomik untuk maklumat lanjut.

Parok! Ke California, USA

Kali ini majalah PAUH Parok! akan terbang ke California, Amerika Syarikat sebagai hadiah kepada adik pembeli ini. Booth kami telah dilawati oleh dua beranak ini, si ibu berusia 59 tahun dan anak sulongnya berusia 26 tahun. Mereka ini ialah pelancong 'back packer' telah keluar dari negara mereka sejak November 2016 yang lalu. Di Malaysia, mereka... Continue Reading →

Tempahan Lagi

Sebenarnya ini sambungan tempahan dari Kolej Vokasional Sungai Petani. Ada lima lagi muka nak kena selesaikan. Jumlah kesemua muka yang ditempah tempoh hari ialah 11 orang.

Buntat

Siapa Buntat ni? Rupanya bukan nama sebenar. Menurut mereka yang memberitahu, Buntat ni watak cerita drama maghrib TV3 berjudul '7 Hari Mencintaimu'. Aku sendiri pun tak tahu. Tapi aku pernah tengok muka budak ini dalam iklan filem 'Jibam' yangakan ditayangkan pada Hari Raya Puasa nanti.

Cgu

Ahad lepas melawat Muhamad Azmi aka Kartunis Cgu di Metropoint Kajang. Hari ni kami cabar-mencabar mengkarikaturkan muka lawan.

Powered by WordPress.com.

Atas ↑