Karikatur di SK Convent Kajang

Sempena sambutan Hari Sawit Malaysia, Negaraku Sawitku, di Sekolah Kebangsaan Convent Kajang, kami telah dijemput untukĀ  berkarikatur bagi memeriahkan majlis di sana.

Advertisements

Yaz Malee

Salah seorang guru kartun dan karikatur aku, saudara Yaz Malee. Ini merupakan karikatur aku yang kedua dihasilkan oleh beliau selepas 2 tahun. Pertama kali bertemu beliau ketika berulang-alik ke Karangkraf di Taman tun Dr. Ismail pada tahun 1992.

Karikatur di Soul Station Astro Oasis

Dua hari berkarikatur di Unisel Shah Alam pada 27-28/11/2017 sempena ulangtahun ke-10 tahun astro Oasis. Hashtag SoulStation #soulstation. Kebetulan bertemu pula dengan Mat Dan orang Britain yang dah jadi orang Terengganu. Meriah!

Save Rohingya 2017 (1)

Kempen Selamatkan Rohingya menerusi lakaran kartun dan karikatur 2017 akan berlangsung di PWTC akhir tahun nanti. Memerlukan sekurang-kurangnya 50 bahan lukisan untuk dipamerkan kelak. Aku diminta menyiapkan 5 lakaran. Maka inilah lakaran aku yang pertama.  

Karikatur Ahad Di Kajang

Seperti biasa membuka tapak di flea market bersama Karikaturis C'gu di bandar Kajang pada setiap hari Ahad. Minggu ini kebanyakan pekerja telah menerima gaji. Harap sebahagiannya dapatlah dijadikan rezeki kami.

Karikatur di RKKM

Sabtu jika tiada aktiviti lain, aku akan berkarikatur di Rumah Kartun & Komik Malaysia di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Orang Malaysia dan luar negara memang 'sporting'!

Powered by WordPress.com.

Atas ↑