Ulangtahun Gila-Gila ke-40 di SACC Convec

Jom beramai-ramai serbu booth Gila-gila esok di PESTA BUKU SELANGOR 2018 SACC Convec Shah Alam jam 5-6petang 7hb April 2018. Temui kartunis dan dapatkan majalah Gila-gila kesayangan warga Malaysia di sana. Anjuran Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH 😛!

Advertisements

Forum: 40 tahun Majalah Gila-gila

Sempena sambutan Hari Kartunis Malaysia 2018 pada 1hb April 2018, telah diadakan forum khas '40 Tahun Majalah Gila-Gila: Menyusuri Sejarah Kartun dan Komik Malaysia' di Auditorium Muzium Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Para panel terdiri dari orang kuat Gila-Gila iaitu En Jaafar Taib, En Mishar, YBhg Dato' Azman Yusof, Tn HJ Zainal Buang Hussein & Prof... Continue Reading →

Hari Kartunis Malaysia 2018

Mulai tahun 2017, 1hb April akan dikenali sebagai Hari Kartunis Malaysia. tahun lepas ulangtahun tersebut diadakan di perkarangan Rumah Kartun & Komik Malaysia. Tahun ini diadakan di Ruang legar Muzium Negara Malaysia, dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Anugerah terhadap penggiat kartun dan animasi 2018 turut... Continue Reading →

Kartunis Roy kembali ke Rahmahtullah

Allahyarham Mohd Fadzli bin Hussein Jaafar atau lebih dikenali sebagai Kartunis Roy, telah kembali ke rahmahtullah di rumahnya di Selayang, Selangor pada 8hb Mac 2018. Beliau yang dilahirkan pada 9hb Februari 1967 telah lama bergiat sebagai kartunis sepenuh masa dipelbagai majalah di Malaysia termasuklah majalah Gila-gila. Jenazah beliau telah disemadikan di kampung halamannya di Kedah.... Continue Reading →

Pameran Kartun Dan Kita

Pameran Kartun dan Kita di Muzium Negara berlangsung dari 8 Disember 2017 hingga 15 April 2018. Masuk adalah percuma, dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Apa yang menarik pengunjung pameran berpeluang mengetahui sejarah perkembangan kartun dan komik di negara ini bermula pada 1925 dan mencapai zaman kegemilangannya pada 1971 hingga 1990. Timbalan... Continue Reading →

Gila-Gila #800

Bulan ini November 2017 merupakan bulan istimewa buat majalah paling lama bertahan di Malaysia iaitu Gila-gila. Pada bulan ini Gila-gila menyambut bilangan yang ke 800. Thaniah Encik Jaafar Taib dan kumpulannya.

Pameran Inktober Malaysia 2017

Pameran Inktober Malaysia 2017 di Rumah Kartun & Komik Malaysia bermula hari ini 1/11/2017 dan dijadualkan berakhir pada 30/11/2017 ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti gerai jualan penggiat komik, animasi, doodle dan banyak lagi yang berkaitan dengan kartun. Juga kelas asas melukis kartun, komik dan doodle dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila layari laman... Continue Reading →

Persiapan Pameran Inktober Malaysia 2017

Pameran Inktober Malaysia 2017 akan diadakan di Rumah Kartun & Komik Malaysia bermula 1hb November hingga 31hb November 2017. Perasmian rasmi akan diadakan paa 12hb November 2017 oleh Pelukis Di Raja Selangor, Datuk Azman Yusof. Beliau berhajat untuk mengadakan demonstrasi melukis secara langsung dihari tersebut. Pihak kami bersama Comicore dan beberapa lagi kelab kartun, komik... Continue Reading →

Yaz Malee

Salah seorang guru kartun dan karikatur aku, saudara Yaz Malee. Ini merupakan karikatur aku yang kedua dihasilkan oleh beliau selepas 2 tahun. Pertama kali bertemu beliau ketika berulang-alik ke Karangkraf di Taman tun Dr. Ismail pada tahun 1992.

Powered by WordPress.com.

Atas ↑