Berjayakah PKPB?

24jam lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan. Tidak semua negeri akan bermula esok namun adakah rakyat Malaysia cukup berdisiplin untuk dilepaskan dengan syarat-syarat tersebut? Ada juga syarikat yang berpegang pada tarikh akhir PKP fasa-4 ini berakhir baru memulakan operasi iaitu selepas 12hb Mei 2020.

Apa Akan Jadi Lusa?

Lusa hari pertama kerajaan melonggarkan syarat PKP kepada PKPB. B bermaksud bersyarat. Di mana sesetengah pekerjaan telah dibenarkan beroperasi. Kenderaan pula dibenarkan maksimum 4 orang dalam keluarga yang sama yang tinggal serumah. Kedai-kedai makan juga telah dibenarkan beroperasi dengan bersyarat. Masalahnya, belum lagi 4hb Mei, kelihatan ramai orang berduyun-duyun melanggar perintah PKP. Macamana ni?

Mengigau

Dua tiga hari ini asyik kerap tertidur selepas asar. Memang pelik-pelik mimpinya. Ada boleh terbang, ada berlari laju sampai tak boleh nak berhenti serta-merta, ada terpijak kaki orang lalu-lalang. Entah apa-apalah mimpinya. Yang penting jangan amalkan tidur selepas waktu Asar. Agama Islam pun melarangnya.

Duit duit duit!

Bila nak perkhidmatan 80 kali minta kurangkan  nilai. Dan seperti biasa nak hasil yang menakjubkan dan cepat walaupun 100 kali disuruh ubah sana sini. Tapi bila waktu bayaran, macam-macam alasan lembabnya. Macam siput!

Duit Keluar Sehala

Musim PKP ini perbelanjaan adalah perkara penting. Duit hanya keluar tanpa berganti masuk kerana sekatan melakukan kerja-kerja kebiasaan selain kerja pejabat yang tidak diketahui boleh bertahan operasi sehingga bila. Namun ini semua ujian Allah, tiada akan Allah berikan ujian itu selain yang dapat ditanggung oleh hambaNya.

Mainan

Lama tak pesan makanan dari luar. Rasanya sepanjang PKP ini belum pernah lagi. Terasa juga nak makan selain dari masakan isteri. Cuba dail untuk pesanan, tak dapat. Cuba pula guna aplikasi pesanan, pun tak dapat slot. Nampaknya musim PKP ini pada rider penghantar makanan tak cukup tangan untuk menghantar pesanan. Rezeki merekalah. Alhamdulillah. Esok aku... Continue Reading →

Dugaan dari Masakan Jiran

Bila duduk dirumah bertingkat-tingkat ini maka ramailah penghuninya. Zaman PKP ni kena pula buat kerja dari rumah. Bilik kerja aku pula bersebelahan dapur. Maka ada sedikit rasa bahang bila waktu memasak. Maka terpaksalah membuka tingkap untuk memberi laluan angin segar masuk. Tapi di bulan puasa ini menjelang jam 3 petang ke atas bukan saja angin... Continue Reading →

Hujan Lebat Dan Ribut

Sejak hari pertama Ramadan kali ini, hujan dan ribut melanda setiap hari. Sesetengah tempat mengalami banjir kilat ketika waktu hendak berbuka. Kebiasaannya, bulan Ramadan sinonim dengan musim panas atau kemarau di Malaysia ini. Begitu juga kepada pada Frontliner kita yang menjaga keselamatan  dan sekatan jalanraya, mereka terpaksa basah kuyup demi tugas yang digalaskan. Semoga hujan... Continue Reading →

FB Dunia Karikatur Malaysia

Suka lukis karikatur? Nak belajar atau bergaul dengan para karikaturis Malaysia? Boleh cuba ke grup Facebook ini Dunia Karikatur Malaysia. Apa itu karikatur? Karikatur secara am adalah lukisan yang menonjolkan ciri-ciri subjeknya dengan cara yang disederhanakan atau dibesar-besarkan melalui lakaran, goresan pensil, atau melalui gaya melukis yang lain. Biasanya di luar negara karikatur dilukis dengan... Continue Reading →

Bermulanya Ramadan 1441H

Selamat menyambut bulan Ramadan 1441H. Bulan puasa kali ini sah jauh beza dengan bulan puasa sebelum ini. Tahun ini tidak dibenarkan berterawikh di masjid dan surau. Tiada bazar ramadan menjual juadah. Semuanya masih dikehendaki berada dirumah. Kenapa? Kerana virus Covid-19 masih lagi mengganas di luar sana. Bukan sahaja di Malaysia, tapi seluruh dunia. Termasuklah di... Continue Reading →

PKP disambung hingga 12 Mei 2020

PKP disambung lagi. bermakna PKP fasa-4 ini merangkumi 2 bulan jumlah keseluruhan PKP semasa yang bermula pada 18 Mac yang lalu. Esok dah masuk 1 Ramadan 1441H. Kemungkinan besar Hari Raya Puasa nanti pun masih didalam PKP juga. Tak mustahil jika dilihat pada penularan Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.

Masak Apa Tak Jadi Hari Ini?

Sejak beberapa hari ini ada satu akaun Facebook viral, Masak Apa Tak Jadi Hari Ini?. Wujud untuk menghilangkan stress sepanjang PKP yang telah masuk fasa ke tiga ini. Segala masakan yang tak jadi akan dimasukkan ke halaman ini.

Website Powered by WordPress.com.

Atas ↑